Idgham Maal Ghunnah
إِدْغَام بِغُنَّةNun mati atau tanwin jumpa ي ن م و: nun dimasukkan ke huruf itu, dengan dengung.
Huruf-hurufnya
ينمو
Empat huruf, dihimpun dalam يَنْمُو
Cara baca
- Nun tak disebut; terus masuk ke huruf selepasnya.
- Dengung 2 harakat melalui hidung.
- Hukum ini berlaku antara dua perkataan sahaja.
Contoh dalam Al-Quran
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ
مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِنْ مَاءٍ
Kesilapan biasa
- Nun masih kedengaran sebelum dengung.
- Dengung terlalu pendek atau terlalu panjang.
- Dalam satu perkataan (الدُّنْيَا، بُنْيَانٌ، صِنْوَانٌ، قِنْوَانٌ) nun dibaca jelas. Ini dipanggil Izhar Mutlaq.