Bab 7 daripada 10
Hukum Mad
المدMad bermaksud memanjangkan bunyi. Ukurannya dalam harakat: satu harakat lebih kurang masa satu gerakan jari dibengkok atau diluruskan.
Mad Asliمَدّ أَصْلِيHuruf mad yang tidak diikuti hamzah atau sukun: panjang 2 harakat. Juga dipanggil Mad Tabi‘i.Mad Wajib Muttasilمَدّ وَاجِب مُتَّصِلHuruf mad jumpa hamzah dalam satu perkataan: panjang 4 atau 5 harakat.Mad Jaiz Munfasilمَدّ جَائِز مُنْفَصِلHuruf mad di hujung perkataan, hamzah di awal perkataan seterusnya: 2, 4 atau 5 harakat.Mad Aridh Lissukunمَدّ عَارِض لِلسُّكُونHuruf mad sebelum huruf terakhir yang dimatikan kerana berhenti: 2, 4 atau 6 harakat.Mad Linمَدّ لِينWau atau ya’ mati selepas fathah, sebelum huruf terakhir yang dimatikan kerana berhenti: 2, 4 atau 6 harakat.Mad Lazimمَدّ لَازِمHuruf mad jumpa sukun asli atau sabdu: wajib 6 harakat.Mad Badalمَدّ بَدَلHamzah datang dulu, kemudian huruf mad: 2 harakat.Mad ‘Iwadمَدّ عِوَضBerhenti pada fathatain (ـً): tanwin ditukar jadi alif, 2 harakat.Mad Silahمَدّ صِلَةHa’ dhamir (هُ هِ) yang terletak antara dua huruf berbaris: dipanjangkan.Mad Tamkinمَدّ تَمْكِينYa’ bersabdu berbaris kasrah bertemu ya’ mati: 2 harakat, sebut dengan kemas.Mad Farqمَدّ فَرْقHamzah soalan bertemu ال: dipanjangkan 6 harakat untuk membezakan soalan daripada kenyataan.
Dah faham, tapi bila baca rasa tak yakin?
Itu biasa. Tajwid paling cepat melekat bila ada orang yang dengar dan betulkan. Cuba Check-Up Bacaan percuma 20 minit bersama guru Celik Quran.