Bab 10 daripada 10
Bacaan Gharib
الغريبBacaan luar biasa yang berlaku di tempat tertentu sahaja dalam riwayat Hafs. Sedikit tapi mudah tersilap.
SaktahالسَّكْتَةDiam sekejap, lebih kurang 2 harakat, tanpa ambil nafas. Dalam riwayat Hafs ada di 4 tempat.ImalahالْإِمَالَةFathah dicondongkan ke arah kasrah, bunyinya seperti ‘e’ dalam ‘sate’. Dalam riwayat Hafs hanya ada di satu tempat.IsymamالْإِشْمَامBibir dimuncungkan sekejap seperti hendak sebut dammah, tanpa keluar bunyi.TashilالتَّسْهِيلHamzah kedua dibaca lembut, bunyinya antara hamzah dan alif.NaqlالنَّقْلBaris hamzah dipindahkan ke lam sebelumnya.
Dah faham, tapi bila baca rasa tak yakin?
Itu biasa. Tajwid paling cepat melekat bila ada orang yang dengar dan betulkan. Cuba Check-Up Bacaan percuma 20 minit bersama guru Celik Quran.